My Add

Friday 19 October 2012

KTMB umum diskaun 50 peratus tiket komuter

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTM Komuter kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Golongan itu layak mendapat diskaun untuk tempoh setahun mulai 1 November ini sehingga 31 Oktober tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden Eksekutif Perniagaan KTMB, Sarbini Tijan pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, diskaun itu dinikmati oleh golongan OKU, pesara dan pelajar.

Justeru itu, KTMB akan memperkenalkan kad Komuter 1Malaysia sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak dan borang permohonan boleh didapati di semua stesen komuter serta laman web KTMB.

Diskaun itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013, bulan lalu.

Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad itu, sebanyak 20 kaunter khas dengan kekuatan tenaga kerja seramai 120 orang akan diwujudkan oleh KTMB di tujuh stesen utama. - BH

No comments:

Post a Comment