My Add

Saturday 27 October 2012

Kumpulan pertama jemaah haji tiba 16 Nov

KOTA KINABALU, SABTU, 27 Oktober, 2012: Kumpulan pertama seramai 356 jemaah haji Sabah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 16 November ini, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran.

Beliau berkata, penerbangan balik menggunakan pesawat MAS MH8241 itu dijadual mendarat kira-kira pukul 2.10 petang sementara penerbangan kedua dengan pesawat MH8259 yang membawa 447 jemaah dijadual tiba kira-kira pukul 10.10 pagi pada 21 November.

"Ketika ini jemaah haji kita berada di Mina dan semua jemaah haji Sabah adalah selamat,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban anjuran Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas hari ini.

Kedua-dua kumpulan jemaah haji itu berlepas ke Jeddah pada 26 September dan 9 Oktober lepas. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment