My Add

Saturday 6 October 2012

Lagi syarikat jongkong emas diserbu

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Tiga lagi syarikat yang menjalankan perniagaan pelaburan jongkong emas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) diserbu oleh pihak berkuasa hari ini kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap syarikat Pageantry Gold Bhd. (Pageantry Gold) yang terletak di Danau Kota, Ceasar Gold Sdn. Bhd. (Ceasar Gold) di Jalan Klang Lama dan Worldwide Far East Bhd. (Worldwide Far East) di Jalan Raden Bagus, Sri Petaling di sini, dibuat serentak bermula pukul 1.30 petang ini.

Serbuan itu dilakukan oleh Bank Negara Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment