My Add

Friday 5 October 2012

Malaysia sedang lalui fasa paling mencabar capai negara maju: Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia sedang melalui fasa paling mencabar kini, yang merupakan pusingan terakhir dalam usaha memartabatkan negara, sebagai negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai strategi dan hala tuju yang jelas untuk melalui cabaran itu yang diyakini mampu melonjakkan negara ke kedudukan yang disasarkan. 

"Kita tahu bagaimana untuk sampai ke sana. Tapi kita perlu bekerja keras. Fikir secara kreatif untuk sampai ke sana.

"Kita harus memperbaharui azam dan tekad, dengan izin Allah boleh capai impian dan hasrat itu," katanya ketika merasmikan Ekspo MalaysiaKu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Ekspo tiga hari bertemakan 'Tanah Air yang Dihormati' itu ialah anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment