My Add

Tuesday 16 October 2012

Mangsa renjatan elektrik sambung pelajaran ke PLPP

SHAH ALAM, SELASA, 16 Oktober, 2012: Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon bakal menyambung pelajarannya ke peringkat sijil kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di Bangi pada Januari depan.

Ketua 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohammad Rizan Hassan berkata impian pemuda itu dapat direalisasikan selepas perbincangan pihaknya dengan PLPP.

"Beliau (Muhammad Hairuman) menyatakan hasrat untuk sambung belajar dalam bidang kemahiran. PLPP adalah tempat terbaik untuknya dan selepas beberapa perbincangan, PLPP bersetuju menerimanya sebagai pelatih.

"MBM berharap ini akan menjadi platform kepada Muhammad Hairuman untuk menjadi inspirasi kepada semua yang senasib dengannya," katanya di sini.

Beliau berkata Muhammad Hairuman memilih bidang Sains Komputer sebagai pilihan utama di PLPP di Sungai Merab, Bangi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment