My Add

Monday 15 October 2012

MPPP rugi RM334,738 akibat kompleks makanan tidak beroperasi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menanggung kos RM334,738 dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk membayar perkhidmatan keselamatan berikutan tiga kompleks makanan yang dibina majlis berkenaan tidak digunakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 memaklumkan, ini kerana tiga kompleks tidak digunakan itu telah menjadi sasaran kegiatan vandalisme dan kecurian ke atas peralatan serta kemudahan yang disediakan.

"Sebanyak 25 peratus lot niaga di kompleks makanan dan pasar awam yang disediakan tidak dapat disewakan. Sehingga Disember 2011 jumlah sewa lot niaga kompleks makanan dan pasar awam adalah berjumlah RM0.81 juta," jelas laporan itu.

Sehubungan itu, laporan itu mengesyorkan MPPP untuk melipatgandakan usaha supaya kompleks makanan tidak digunakan dapat disewakan termasuk menswastakan kompleks berkenaan kepada mereka yang berminat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment