My Add

Wednesday 10 October 2012

Nasharudin: Saya tunggu surat saman Karpal
 
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Oktober, 2012: Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengulangi pendirian bersedia untuk bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tetap mahu menyamannya ekoran kenyataan menuduhnya anti-Islam, di mahkamah.

"Saya ulangi pendirian saya sebelum ini bahawa Karpal anti-Islam. Saya sentiasa menunggu surat saman, tapi hingga ke hari ini belum sampai.

"Saya tahu mahu laksanakan hudud di negara ini bukan senang, tetapi siapa beliau mahu menghalang pelaksanaannya?" katanya.

Ditanya sama ada Nasharudin bersedia menerima hukuman daripada Pas ekoran kenyataannya, beliau menegaskan, Islam adalah keutamaan dan soal ahli kemudian.

Semalam, Karpal menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan prosiding fitnah terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh kes itu akan difailkan.

Menurutnya, disebabkan kekangan masa dan kerja, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan prosiding menyaman fitnah terhadap Nasharudin.

Katanya, "Ya akan, mana boleh tak mahu, saya belum tetapkannya lagi bila."

"Saya ada banyak masalah dan kerja di mahkamah, ikut undang-undang saya ada masa selama enam tahun untuk membuat perkara itu (saman fitnah)," kata beliau.  - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment