My Add

Saturday 13 October 2012

Nicol juara Terbuka Amerika

KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012:: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David mencatat kemenangan sulung dalam kejohanan skuasy Terbuka Amerika selepas mengalahkan pemain Mesir, Raneem El Weleily, semalam.

Pertandingan itu diadakan di gelanggang kaca Daskalakis Athletic Centre, Drexel University di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com, perlawanan menentang Raneem merupakan kemunculan Nicol yang ke-80 dalam perlawanan akhir Persatuan Skuasy Wanita (WSA) sepanjang kariernya.

Kemenangan Nicol pada pertandingan akhir Terbuka Amerika itu melepasi rekod Sarah Fitz-Gerald dengan 62 gelaran. Beliau kini memegang rekod baru WSA dengan 63 gelaran.

Pemain berusia 29 tahun, pilihan utama, mengalahkan Raneem dalam empat set perlawanan 14-12, 8-11, 11-7 dan 11-7 dalam masa 45 minit bagi menebus kekalahannya kepada pemain Mesir itu pada pertandigan akhir Terbuka Malaysia bulan lalu.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Mesir Ramy Ashour muncul juara selepas mengalahkan pemain Perancis Gregory Gaultier dalam straight set dengan 11-4, 11-4 dan 11-9. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment