My Add

Saturday 20 October 2012

PBB, Liga Arab gesa gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha

NEW YORK, SABTU, 20 Oktober, 2012:: Pemimpin Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuan (PBB) hari ini menggesa Syria menerima pelan gencatan senjata sempena umat Islam menyambut AidilAdha minggu depan.

Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi dan rakan sejawatannya dari PBB, Ban Ki-moon merayu agar pelbagai pihak yang bertelagah di Syria agar menerima pelan gencatan senjata yang dikemukakan wakil misi khas, Lakhdar Brahimi itu.
Mereka juga meminta semua pemimpin antarabangsa dan serantau agar menyokong rayuan supaya gencatan senjata diadakan di Syria. - AFP

No comments:

Post a Comment