My Add

Saturday 20 October 2012

Pelan pembangunan semula Kampung Baru ke Kabinet bulan depan

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Oktober, 2012: Pelan pembangunan semula Kampung Baru di sini akan dibentangkan ke Kabinet November ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, pelan tersebut adalah hasil daripada sesi perbincangan bengkel selama tiga hari melibatkan 20 pemegang kepentingan serta wakil penduduk kampung tersebut bermula Khamis lalu.

"Bengkel ini umpama program bersama rakyat yang bertujuan mendapatkan maklum balas semua pihak terbabit yang membuktikan kerajaan sentiasa bersama dengan rakyat.

"Rumusan serta pandangan ini akan diguna pakai kerajaan sebagai garis panduan untuk menggerakkan pembangunan Kampung Baru meliputi kepentingan semua kaum selaras dengan konsep Gagasan 1Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutup Lab Pelan Induk/Pelan Struktur dan Garis Panduan Pembangunan Kampung Baru di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment