My Add

Sunday 7 October 2012

Pengurangan subsidi bantu kurangkan penyeludupan gula

BACHOK, 07 Oktober, 2012: Pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram boleh membantu mengurangkan kegiatan penyeludupan bahan itu ke negara jiran selain menggalakkan rakyat mengurangkan gula dalam makanan dan minuman.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata perbezaan harga yang sangat ketara berbanding negara jiran sebelum ini menjurus kepada kegiatan penyeludupan gula yang sukar dibendung.

"Pengurangan itu sekali gus merapatkan sedikit jurang harga iaitu RM2.50 sekilogram (di Malaysia) berbanding RM3.30 sen sekilogram di negara jiran," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengumumkan subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilogram.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata yang penting sekarang ialah rakyat Kelantan, destinasi yang terkenal dengan kuih-muih dan makanan manis, mengurangkan penggunaan gula untuk tujuan kesihatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment