My Add

Thursday 11 October 2012

Perkasa terus desak SPRM bertindak tegas

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi memperbetul persepsi rakyat terhadap suruhanjaya itu.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, tanpa tindakan segera dan proaktif, rakyat kini membuat andaian bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli keluarga dari parti pembangkang mendapat keistimewaan dan sering dikecualikan dalam proses siasatan di negara ini.

Katanya, di Malaysia sewajarnya tiada sesiapapun yang boleh mengatasi undang-undang termasuk pemimpin politik pembangkang seperti termaktub dalam perkara lapan Perlembagaan negara.

"Oleh itu, kita desak SPRM, terutamanya Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Mohd. Shukri Abdull menyiasat kes pembelian Syarikat Talam Corporation (Talam), penyalahgunaan kuasa oleh Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin serta terbaharu, isu pembelian bas mewah yang digunakan pembangkang dalam jelajah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment