My Add

Wednesday 17 October 2012

PM cadang pemaju bina pusat komuniti warg emas

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan pemaju perumahan membina sebuah pusat komuniti warga emas di projek perumahan baharu bagi mengambil kira kesunyian serta keadaan golongan tua yang hidup bersendirian.

Beliau yang juga pemangku Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pusat seumpama itu dapat memastikan warga emas menjalani aktiviti sosial dan riadah bersama ahli masyarakat lain khususnya rakan sebaya.

Dalam usaha itu, kata beliau, kementerian akan memulakan langkah menggunakan 45 dewan di bawah kelolaan kementerian tersebut di seluruh negara sebagai pusat aktiviti warga emas.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment