My Add

Friday 26 October 2012

Polis tahan lelaki, wanita warga Thai, rampas pistol

PETALING JAYA, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan seorang wanita warga Thailand serta merampas sepucuk pistol jenis revolver di sebuah hotel di Dataran Sunway di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu, polis turut menemui empat butir peluru, dua butir kelongsong peluru, dua komputer riba, lima paket dadah jenis syabu seberat 23 gram, lapan biji erimin 5 dan beberapa peralatan menghisap syabu.

"Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20-an hingga 30-an dan siasatan awal dibuat kesemuanya positif dadah. Mereka ini juga dipercayai terlibat dalam kes jenayah senjata api dan beberapa kes jenayah lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dua daripada suspek berkenaan juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8a, Akta Senjata Api 1960, Seksyen 8, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 39A, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment