My Add

Sunday 21 October 2012

Rakyat Palestin keluar mengundi kali pertama sejak 2006

RAMALLAH (Palestin), SABTU, 20 Oktober, 2012:: Rakyat Palestin di Tebing Barat hari ini keluar mengundi untuk pilihan raya tempatan buat kali pertama sejak pemilihan pemimpin pada 2006.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) berkata, lebih setengah juta penduduk saja layak mengundi di 340 pusat mengundi di seluruh Tebing Barat yang dibuka mulai 7 pagi waktu tempatan dan berakhir kira-kira jam 7 petang.

“Suasana proses pengundian berjalan lancar di mana kelihatan hanya beberapa penduduk keluar mengundi sejurus pusat pengundian dibuka,” lapor wartawan agensi berita AFP.

“Saya datang untuk mengundi dan saya memilih calon yang terbaik untuk bandar saya,” kata seorang wanita berusia 58 tahun, Zuhra Badawi sambil menunjukkan jari telunjuk yang berlumuran dengan dakwat hitam selepas melakukan pengundian di sebuah sekolah lelaki di Ramallah. - AFP

No comments:

Post a Comment