My Add

Sunday 14 October 2012

Ramai kecewa dalam Pa


*MUHYIDDIN mewarna lukisan bangunan Jabatan Pelajaran Johor sempena Himpunan Guru Muda 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Johor Bahru, semalam.Percanggahan pendapat bukti pemimpin tak sepakat

Junita Mat Rasid dan 
Syed Ridzwan Syed Ismail | 
JOHOR BAHRU, SABTU, 13 Oktober, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perbezaan pendapat pemimpin Pas menunjukkan ramai di antara mereka kini kecewa dan bercanggah dalam soal perjuangan parti itu, yang dilihat semakin menyimpang daripada ideologi asal.

Timbalan Presiden UMNO berkata, keadaan itu menunjukkan tiada kesepakatan dan persamaan ideologi dalam dasar perjuangan parti itu sehingga banyak pihak termasuk dalam kumpulan sendiri mula rasa tidak puas hati. 

"Ini berdasarkan kenyataan dibuat pemimpin PAS sendiri. Kenyataan Shahnon (Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad) yang juga ahli seumur hidup PAS, disokong Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan ramai lagi.

“Ini semua pemimpin PAS yang maklum kepada kita, banyak perkara dilakukan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang bercanggah dengan prinsip dan perjuangan Pas dalam pakatan pembangkang tetapi itu tidak diendahkan,” katanya selepas menghadiri Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M), di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata pelbagai kenyataan disuarakan pemimpin Pas itu menunjukkan walaupun berada dalam satu gabungan pakatan, mereka tidak sepakat dan mempunyai pandangan berbeza sehingga ramai pemimpin PAS kecewa. 

“Ramai juga pihak yang mengkritik Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat) kerana nak pertahankan (Anwar). Ada banyak kenyataan bercanggah sesama mereka.

“Jadi bagi kami di luar yang perhatikan keadaan itu bahawa isu berkenaan tiada kesepakatan dan persamaan ideologi serta dasar perjuangan. Jadi banyak pihak dalam kumpulan pakatan menyuarakan rasa tidak puas hati,” katanya.

Sementara, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementerian akan meneruskan program guru, Pembantu Bahasa Inggeris (English Teaching Assistant atau ETA) selepas mendapat maklum balas positif meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Katanya, seramai 25 guru ETA dari Amerika Syarikat akan menyertai program itu tahun depan sebagai tambahan kepada 50 guru ETA yang diambil tahun ini. - BH

No comments:

Post a Comment