My Add

Friday 19 October 2012

Ramai taksub kepada Nik Aziz

TUMPAT, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Sikap taksub membuta tuli ahli Pas dan rakyat Kelantan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan tidak ada mana-mana pemimpin yang ‘diangkat’ menggantikannya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah berpendapat, sebenarnya Pas mempunyai ramai pemimpin yang lebih berkelayakan dari segi keilmuan dan kewarakan mereka berbanding Menteri Besar Kelantan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, pemimpin terlibat tidak berjaya membina sifat taksub dalam kalangan ahli Pas dan rakyat Kelantan kepada mereka.

“Sebenarnya terlalu ramai yang boleh menggantikan Nik Abdul Aziz dari segi ilmu, bijaksana dan kewibawaan politik, malah ilmu mereka juga lebih baik, cuma masalahnya taksub.

“Tak ada orang lain yang orang taksub selain kepada Nik Abdul Aziz, jadi orang taksub kepada Nik Abdul Aziz bukan kerana kelebihannya tetapi kerana taksub. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment