My Add

Thursday 4 October 2012

Rasuah menjangkau di luar kalangan penjawat awam: Najib

 KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Perbuatan rasuah dan tidak berakhlak menjangkau lebih jauh daripada penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkhidmat dengan kerajaan dan perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata jika rasuah dianggap sebagai perbuatan yang benar-benar tidak beretika dan bermoral, ia tidak dapat dihentikan dengan hanya menumpukan kepada penjawat awam dan ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka, tetapi perlu dilihat lebih jauh daripada itu.

"Sering kali apabila orang bercakap mengenai 'rasuah' perkara pertama yang terlints di fikiran mereka ialah berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkhidmat dalam kerajaan dan perkhidmatan awam.

"Apa yang sering diabaikan ialah hakikat bahawa rasuah menjangkau ke luar daripada lingkungan itu. Apa sepatutnya kurang menyenangkan kita ialah bagaimana perbuatan rasuah dan tidak berakhlak ini telah meresap jauh ke dalam struktur moral semua lapisan masyarakat," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Persatuan Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden IAACA Profesor Cao Jianming, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment