My Add

Monday 15 October 2012

Rayuan terhadap pembebasan ADUN Perak, 3 lagi ditangguh

PUTRAJAYA, ISNIN, 15 Oktober, 2012: Mahkamah Rayuan menangguhkan sehingga 22 November ini untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan tiga lagi berhubung kesalahan rasuah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Linton Albert dan Datuk Mohtarudin Baki serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu selepas dimaklumkan seorang daripada peguam kes itu, Abdul Roni Abdul Rahman, terlibat dalam kemalangan di Bidor.

Perkara itu dimaklumkan peguam Surjan Singh Sidhu dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas tidak membantah penangguhan berkenaan.

Abdul Roni mewakili ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, 56, bekas Ahli
Majlis Daerah Perak Tengah Zul Hassan, 50, dan ahli perniagaan Fairul Azrim
Ismail, 34.

Surjan pula mewakili bekas ADUN Bota Usaili Alias, 60.

Pada 23 April 2010, Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan ketiga-tiga mereka dan
ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu daripada pertuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri.

Mereka didakwa melakukan 10 kesalahan menerima dan meminta rasuah berkaitan
sebuah projek pembangunan perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar
berhampiran Ipoh.

Zul dan Fairul turut berdepan pertuduhan menerima rasuah seks.

Seorang lagi yang didakwa bersama mereka ialah bekas juruteknik Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak, Ruslan Sahat, namun pertuduhan terhadapnya digugurkan
selepas dia meninggal dunia pada 2008.

Pada 22 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak rayuan pendakwaan
berhubung pembebasan Jamaluddin, Zul dan Fairul namun memerintahkan Osman
membela diri.

Mahkamah itu turut mengekalkan pembebasan Usaili daripada empat pertuduhan
menerima rasuah namun memerintahkan tertuduh membela diri bagi tiga pertuduhan lagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment