My Add

Friday 19 October 2012

Siasat lagu Jaclyn kerana sentuh sensitiviti agama lain

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan digesa menyiasat lagu Harapan Bangsa nyanyian Jaclyn Victor yang didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya didapati lagu berkenaan benar-benar mempunyai unsur seperti didakwa, tindakan berlandaskan undang-undang perlu diambil segera.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.

"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.

"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu.

"Saya harap Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh merujuk perkara ini kepada Jakim untuk memastikan sama ada lagu berkenaan benar-benar menyentuh soal akidah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment