My Add

Wednesday 3 October 2012

Sidang khas DUN Selangor bincang isu Talam, air

SHAH ALAM, RABU, 03 Oktober, 2012: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan mengadakan sidang khas bagi membincangkan, antara lain isu hutang Talam Corporation dan penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

"Saya telah pun menghadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) hari ini bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengadakan sidang khas dewan,” katanya

“Sekiranya mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya jangka sidang khas ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu hingga tiga minggu akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment