My Add

Saturday 6 October 2012

SPRM siasat Talam

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan awal terhadap dakwaan berlaku urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion antara kerajaan negeri Selangor dengan Talam Corp, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull hari ini.

"Kita siasat tanpa takut atau pilih kasih semua maklumat yang kita terima. Jika terdapat asas yang cukup bahawa kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM, kita akan teruskan siasatan," katanya kepada Bernama di sini.

Shukri, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Beliau mengulas kenyataan ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan Selangor telah menyelamatkan Talam yang menghadapi masalah kewangan dan telah menguasai aset syarikat itu menerusi langkah penyusunan semula hutang pada harga jauh lebih tinggi dari yang dinilai secara rasmi.

Tee Yong mencabar kerajaan negeri supaya menjelaskan bagaimana langkahnya mendapatkan semula hutang RM382 juta daripada Talam berakhir dengan urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment