My Add

Wednesday 10 October 2012

Syarikat Malaysia perlu berganding dengan lebih banyak PKS Jepun

KUALA LUMPUR, RABU, 10 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau ingin melihat banyak syarikat Malaysia berganding dengan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jepun bagi menggerakkan ekonomi negara ini ke hadapan.

Najib berkata, beliau berharap dapat melihat lebih banyak PKS Jepun bekerjasama dengan syarikat Malaysia di dalam bidang kepakaran seperti teknologi hijau, perkhidmatan teknikal utama dan sektor bernilai tambah yang lain.

"Perkongsian strategik ini akan menyumbang terhadap peralihan kita kepada satu ekonomi yang dipacu inovasi dan pengetahuan serta membantu mengukuhkan tulang belakang ekonomi kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada persidangan “Dasar Pandang Ke Timur-Satu Dimensi Baharu" di sini hari ini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment