My Add

Friday 5 October 2012

Tempoh 30 hari beli tanah Taman Manggis tidak munasabah’

PULAU PINANG, KHAMIS, 04 Oktober, 2012: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri menyifatkan tempoh 30 hari yang diberikan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyelesaikan bayaran baki bagi pembelian tanah di Taman Manggis sebagai tidak munasabah.

Ketua Pemudanya, Oh Tong Keong berkata, hal ini demikian kerana urusan pembelian tanah tersebut melibatkan nilai wang yang cukup besar iaitu mencecah RM22 juta dan tidak seharusnya ditekan sebegitu rupa oleh kerajaan negeri.

“Saya hendak beritahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa urusan ini melibatkan wang yang banyak dan bukannya kami mahu membeli motosikal atau kereta.

“Sehubungan itu, saya akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bersama pengurusan syarikat Taman Manggis Fasa 2 Development Sdn. Bhd. dan pihak berkepentingan lain untuk mencari kata putus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment