My Add

Tuesday 9 October 2012

Tiada tanah tol baru di Cameron Highlands: Adnan

KUANTAN, SELASA, 09 Oktober, 2012: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri tidak mengeluarkan tanah TOL (atau lesen menduduki sementara) yang baru di kawasan tanah tinggi Cameron Higlands.

"Kawasan tanah tinggi di Cameron Highlands tidak boleh dibangunkan sebegitu sahaja, tidak ada tanah TOL yang baharu diberikan, tanah TOL yang sedia ada pula perlu diperbaharui setiap tiga tahun sekali," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis dialog bersama pegawai dan petugas bangunan Wisma Persekutuan di sini hari ini. 

Mengulas dakwaan penduduk bahawa kawasan itu diceroboh secara berleluasa, Adnan berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Cameron Higlands agar membuat siasatan terperinci berhubung perkara tersebut.

Selain itu, pihak atau agensi berkaitan diminta melakukan siasatan penuh berhubung dakwaan itu, katanya.

Akhbar hari ini melaporkan beberapa penduduk mendakwa tanah tinggi di hutan simpan Cameron Highlands telah diceroboh secara berleluasa oleh pihak tertentu sejak empat bulan lalu, yang memberi kesan terhadap alam sekitar kawasan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment