My Add

Thursday 4 October 2012

Tujuh pesalah siber dihadapkan ke mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Oktober, 201: Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata, semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak yang difitnah atau dimalukan boleh mengambil tindakan sivil secara persendirian dengan memfail saman malu ke atas mereka yang didakwa menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment