Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, SELASA, 16 Oktober, 2012: Peguam P. Uthayakumar gagal mendapat perintah Mahkamah Persekutuan agar Akta Hasutan 1948 diisytiharkan terbatal dan melanggar Perlembagaan selepas permohonan semakannya ditolak hari ini.
Permohonan itu dikemukakan berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lalu untuk memansuhkan Akta Hasutan yang disifatkan oleh kerajaan sebagai usang dan ketinggalan zaman.
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum berpuas hati beliau gagal melepasi peruntukan tertentu di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1994 yang membolehkan mahkamah membenarkan permohonan semakannya.
Dengan keputusan itu, Uthayakumar gagal menyemak dan seterusnya mengetepikan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 25 Jun lalu yang menolak rayuannya.
Pengumuman Perdana Menteri dibuat dua minggu selepas itu.
Ini bermakna, aktivis sosial berkenaan gagal mendapat perintah memihak kepadanya agar pertuduhan yang dihadapi di bawah Seksyen 4(1)(c) akta itu kerana menerbitkan surat berunsur hasutan, digugurkan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment