My Add

Tuesday 16 October 2012

Wartawan Ukraine diculik di Syria

KIEV (Ukraine), SELASA, 16 Oktober, 2012: Seorang jurubahasa wanita warga Ukraine yang bertugas untuk stesen televisyen Russia di Syria diculik kumpulan pemberontak di barat negara itu.

“Ankhar Kochneva diculik di barat Syria pada 9 Oktober lalu oleh anggota Tentera Pembebasan Syria,” kata jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleksandr Dikusarov, hari ini.

Dikusarov berkata, Kochneva sudah menghubungi rakannya di stesen televisyen Russia itu dan menyatakan bahawa beliau berada dalam keadaan memuaskan.

“Kedutaan Russia dan Ukraine di Syria bekerjasama bagi mendapatkan membebaskan Kochneva,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment