My Add

Wednesday 3 October 2012

Wujudkan akta kawal dana asing

Oleh Metra Syahril Mohamed
KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Kerajaan disaran menggubal satu undang-undang atau akta untuk mengawal kemasukan dana asing terutama melibatkan pemberian dana kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, menerusi akta berkenaan, semua NGO perlu mengisytiharkan penerimaan dana terbabit kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurutnya, perkara itu telah diamalkan di Amerika Syarikat (AS) melalui Akta Pendaftaran Ejen Asing (FARA) dengan semua penerimaan dana luar oleh mana-mana pertubuhan perlu diisytiharkan kepada kerajaan.

''Saya katakan demikian sebab baru-baru ini timbul isu Suara Inisiatif Sdn. Bhd. terima dana asing dan menyalurkannya kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Mereka yang terlibat dalam Suaram pun ada dalam kalangan ahli Dewan Rakyat. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment