My Add

Saturday 3 November 2012

23 murid cedera bas rempuh lori

NILAI, SABTU, 03 November, 2012: Dua puluh tiga murid cedera, dua daripadanya parah apabila bas yang mereka naiki bersama tiga guru dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Benar, di sini hari ini.

Kejadian pada jam 8.30 pagi itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan Petasih, Jelebu yang ketika itu dalam perjalanan mengikut rombongan sekolah ke Perak.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Mantin menuju ke Nilai dengan membawa 29 murid berusia sembilan hingga 12 tahun, tiga guru pengiring dan seorang pemandu.


"Sebuah lori membawa muatan batu yang keluar dari sebuah kuari tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian kiri bas itu.

"Perlanggaran itu menyebabkan bas terbabit terbabas ke bahu jalan manakala lori yang dipandu lelaki berusia 25-an itu terbalik," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, enam lagi murid, tiga guru pengiring dan pemandu bas tidak cedera, manakala pemandu lori terbabit cedera ringan dan kini ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment