My Add

Saturday 24 November 2012

40 penduduk FELDA Kota Gelanggi dipindah akibat banjir

JERANTUT, JUMAAT, 23 November, 20`1: Seramai 40 penduduk di FELDA Kota Gelanggi, dekat sini, ditempatkan di pusat pemindahan banjir berikutan rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, semua mangsa yang terdiri daripada tujuh keluarga itu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Felda Kota Gelanggi dari jam 3 pagi tadi.

Kawasan kediaman mereka dinaiki air antara 1 hingga 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak semalam, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya polis akan membuat rondaan bagi mengelak rumah penduduk dimasuki pencuri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment