My Add

Saturday 10 November 2012

405 pasukan sertai KL WRO 2012
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 November, 2012: Sebanyak 405 pasukan daripada lebih 30 negara menyertai Pertandingan Robotik Olimpiad Kuala Lumpur (KL WRO 2012) Ke-9 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Malaysia yang buat pertama kali menjadi tuan rumah merupakan pasukan paling banyak menghantar penyertaan iaitu sejumlah 56 pasukan menerusi pelbagai kategori.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penganjuran WR0 di Malaysia pada tahun ini tepat pada masanya kerana 2012 diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI2012).

"Saya percaya WR0 berperanan sebagai landasan terbaik bagi memupuk minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan," katanya berucap pada majlis perasmian KL WRO 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment