My Add

Tuesday 13 November 2012

8 maut letupan mercun sambut Deepavali di India

NEW DELHI, SELASA, 13 November, 2012: Lapan orang, termasuk enam sekeluarga maut apabila mercun buatan sendiri meletup dan membakar sebuah rumah di utara India pada malam sambutan perayaan Deepavali, semalam.

Kejadian berlaku di pekan Yaqoobpur di negeri Uttar Pradesh, lapor agensi berita Press Trust of India yang memetik Deputi Superintendan polis, Ashok Kumar Singh.

Letupan kuat kedengaran selepas mercun yang dibakar meletup lalu memercik api ke rumah mangsa yang turut mencederkan 12 yang lain. - AFP

No comments:

Post a Comment