My Add

Sunday, 11 November 2012

Atlet renang Olahragawan, Olahragawati SUKIPT

SHAH ALAM, AHAD, 11 November, 2012: Dua atlet renang institusi pengajian tinggi hari ini dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 edisi pertama tahun ini.

Olahragawan SUKIPT 2012 disandang oleh Ian Leondy Bell dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pencapaian tujuh pingat emas, satu pingat perak dan satu gangsa.

Bekas atlet kebangsaan Chui Lai Kwan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dianugerahkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2012 dengan pencapaian terbesar iaitu 13 pingat emas dan dua pingat perak bagi acara renang.

Lai Kwan memenangi 12 pingat emas dalam acara individu dan satu pingat emas dalam acara berpasukan mengatasi calon-calon lain sekaligus merupakan atlet wanita paling cemerlang pada temasya dwi tahunan itu.

"Saya tidak menjangka dengan kejayaan ini, Saya berharap kejayaan ini akan memberi semangat kepada perenang IPT yang lain untuk terus cemerlang dalam sukan renang Saingan di SUKIPT sama seperti kejohanan-kejohanan yang saya sertai sebelum ini.

"Pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos pada bulan depan, saya berharap dapat meraih kesemua pingat emas yang akan disertai nanti,” kata Lai Kwan kepada pemberita selepas majlis penutup SUKIPT 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment