My Add

Wednesday 14 November 2012

Atlit disahkan lelaki selepas siasatan kes rogol

KOLKATA, RABU, 14 November, 201: Pihak berkuasa India yang menyiasat kes rogol memutuskan bahawa pelari pecut yang memenangi pingat emas acara lari berganti-ganti wanita pada Sukan Asia 2006 sebenarnya adalah lelaki.

Polis mendakwa Pinki Pramanik atas tuduhan merogol dan mencederakan seorang wanita yang tinggal bersamanya di timur wilayah Bengal Barat.

Wanita itu mendakwa Pramanik adalah seorang lelaki yang mungkin janji untuk berkahwin dengannya.

Pihak berkuasa India berkata, lembaga perubatan membabitkan lapan ahli menyerahkan laporan jantina bersama kertas tuduhan yang memutuskan bahawa Pramanik secara genetik adalah seorang lelaki.

Seorang lagi atlit India yang meraih pingat pada Sukan Asia 2006, Santhi Soundarajan dilucutkan pingat perak acara 800 meter waniat selepas gagal dalam ujian jantina sebaik selepas temasya berkenaan berakhir. - AP

No comments:

Post a Comment