My Add

Wednesday 7 November 2012

Ayat 256 surah al-Baqarah hanya tertakluk orang bukan Islam

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 2012: Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, ayat 256 surah al-Baqarah yang menyentuh mengenai tiada paksaan dalam agama hanya tertakluk kepada orang bukan Islam.

Beliau berkata, sudah menjadi dasar Islam yang tidak memaksa sesiapa pun untuk memeluk atau mematuhi ajaran Islam kecuali orang Islam.

"Bagi orang Islam, mahu tidak mahu wajib mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya seperti wajib bersolat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan ibadah haji.

"Begitu juga dengan larangan minum arak, berjudi dan berzina," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mahfodz berkata, bagi orang Melayu yang masih belum beragama Islam, sememangnya mereka tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment