My Add

Sunday 25 November 2012

Bayaran RM1,000 untuk veteran tentera dibuat Januari 2013

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 November, 2012: Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 akan mula dibayar pada Januari tahun depan.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen mengisi borang SVTB1M yang diedar sejak 1 November lalu.

"Borang terbabit perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November ini untuk diproses," kata jurucakap JHEV dalam satu kenyataan hari ini.

Borang itu sudah diedar ke pejabat JHEV di seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers.

Pemberian SVTB1M yang berjumlah RM1,000 adalah penghargaan kerajaan di atas pengorbanan dan perkhidmatan veteran tentera tidak berpencen dalam mempertahankan negara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jhev.gov.my. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment