My Add

Sunday 4 November 2012

Hadi bertanding di Pekan, gimik politik Pas

KUALA TERENGGANU, AHAD, 04 November, 2012: Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang hanya gimik politik parti itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kalau benar Abdul Hadi ingin bertanding di Pekan, dia tidak perlu menunggu arahan parti kerana dia merupakan Presiden Pas.

"Kalau betul-betul nak bertanding, tak perlu tunggu arahan. Dia boleh kata dia nak bertanding di Pekan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Terengganu di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment