My Add

Friday 9 November 2012

Isteri diugut bunuh oleh suami Awang Hita

*AMANDA yang menerima ugutan bunuh suaminya warga Nigeria membuat pengaduan kepada Lim Thoon Deong di pejabat MCA, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, KHAMIS, 08 November 2012: Seorang pegawai pemasaran terpaksa hidup ibarat 'pelarian' apabila terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah saudara-mara setelah diugut bunuh oleh suaminya seorang warga Nigeria.

Episod malang wanita yang mahu dikenali sebagai Armanda, 30, itu bermula sejurus berkahwin dengan lelaki berusia 35 tahun yang dikenalinya di sebuah gereja di sini dua tahun lalu.

Jelas Armanda, suaminya mula berubah daripada seorang lelaki lemah lembut, baik dan mengambil berat kepada sikap panas baran serta kaki pukul.

"Saya dilayan seperti orang gaji dan teman ranjang semata-mata serta tidak pernah diberi duit belanja. Lebih teruk suami langsung tidak membenarkan saya keluar dari rumah, bekerja dan bergaul dengan orang lain termasuk keluarga serta rakan-rakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment