My Add

Thursday 15 November 2012

Isu Nurul Izzah perkara kecil

KUALA TERENGGANU, RABU, 14 Nov.ember, 2012: Pas menyifatkan isu kontroversi yang dicetuskan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan rakyat, termasuk orang Melayu sebagai 'satu perkara kecil'.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, disebabkan 'perkara kecil' itulah, Pas tidak bercadang membawa isu tersebut untuk diperbincangkan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu yang sedang berlangsung sekarang.

Beliau memberitahu, pada muktamar kali ini, hanya isu besar yang menjurus kepada tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan diberi keutamaan untuk dibincangkan.

"Sepanjang muktamar Pas kali ini, kita tidak akan bincangkan isu tersebut. Itu isu kecil sahaja, tak perlu kita bincang.

"Malah dalam muktamar sebegini, isu seperti itu kita tak perlu bincang. Sebaliknya, kita akan bincang perkara atau agenda yang lebih besar yang boleh menumbangkan UMNO atau BN," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment