My Add

Friday 9 November 2012

'Izzah bukan serah diri, hanya buat aduan dan penjelasan': Peguam

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
SHAH ALAM, JUMAAT, 09 November, 2012: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hadir di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari bagi membuat aduan dan penjelasan, dan bukannya membuat sebarang keterangan kepada agensi itu.

"Saya alhamdulillah sudah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada Pengarah Jais, Datuk Marzuki dan alhamdulillah, Jais memberikan kerjasama baik," katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan Jais.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil masa kira-kira setengah jam untuk berjumpa dengan Datuk Marzuki Hussin.

Marzuki sebelum ini dipetik sebagai berkata, Jais mungkin akan memanggil pemimpin kanan PKR itu jika sudah mempunyai maklumat lanjut beserta bukti rakaman dalam kes itu.

Sementara itu, Nurul Izzah memberitahu, beliau turut menyerahkan "keratan akhbar fitnah Utusan" kepada pengarah Jais.

"Di pihak saya, kerjasama yang diberikan Jais baik. Saya bersedia untuk bekerjasama dengan Jais dalam hal ini," ujar beliau.

Bersama-sama itu katanya, beliau turut menyerahkan kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan beliau bagi menjawab isu berhubung dakwaan kebebasan beragama di negara ini yang dikatakan turut terpakai kepada masyarakat Melayu.

Sementara itu peguam syarie beliau, Fazlina Sidek yang ditanya media sama ada akan ada lagi pertemuan dengan Jais berkata, pihaknya belum pasti tentang hal itu.

"Bukan serah diri tetapi aduan dan penjelasan berhubung fitnah yang berlaku,"katanya.

Nurul Izzah sebelum ini dipetik sebagai berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Ekoran itu, beliau terus dihentam pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mengajurkan forum malam tadi.

Sementara itu, Jais dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan kehadiran Nurul Izzah bagi membuat penjelasan kepada pihaknya.

Kenyataan ringkas itu diserahkan kepada media kira-kira 15 minit selepas Nurul Izzah selesai membuat aduan. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment