My Add

Friday 9 November 2012

Kerajaan sedia RM1 bilion untuk laksana R&D di IPT

SEREMBAN, KHAMIS, 08 November, 2012: Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion tahun hadapan untuk pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM400 juta untuk disalurkan di bawah dana penyelidikan fundamental Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), manakala baki RM600 juta kepada lima buah universiti menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang strategik nano teknologi, automotif, bioteknologi dan aeroangkasa.

"Bagi mengelak sebarang isu ketidaksaksamaan pengagihan peruntukan RM400 juta di bawah dana penyelidikan fundamental KPT, saya telah meminta Jabatan Pengajian Tinggi memikir cara dan kaedah terbaik supaya mulai tahun hadapan, penyelidik dari IPTA bukan universiti penyelidikan mempunyai peluang saksama mendapatkan dana pennyelidikan tersebut," katanya di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Jurnal Cream dan buku kajian dasar serta seminar hasil penyelidikan KPT kedua 2012, di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Bandar Enstek, dekat sini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md Noor.

Beliau berkata fokus penyelidikan ini adalah terhadap perkara-perkara yang boleh membawa impak besar kepada negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment