My Add

Sunday 11 November 2012

Lebih 30 rumah rosak bencana puting beliung

MELAKA, AHAD, 11 November, 2012: Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan selepas dilanda angin puting beliung di Kampung Telok Gong Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Melaka, Lokman Hakim Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.11 pagi sebelum dua jentera dari balai bomba Masjid Tanah dan Alor Gajah dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, puting beliung selama lima minit yang dipercayai datang dari arah laut itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung kebanyakan rumah yang terlibat.

"Siasatan awal mendapati tujuh rumah mengalami kerosakan teruk sehingga hampir memusnahkan keseluruhan premis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bilangan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dianggarkan melebihi 100 orang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment