My Add

Wednesday 14 November 2012

Lelaki miliki diesel subsidi ditahan

*SEORANG anggota penguat kuasa PPDNKK Sarawak 
memeriksa tangki berisi minyak diesel bersubsidi di Kuching semalam.

Oleh FIRDAUS HASSAN
KUCHING, SELASA, 13 November, 2012: Tembelang seorang pemilik premis kedai yang menjalankan kegiatan menjual minyak diesel bersubsidi tanpa lesen terbongkar apabila dia ditahan di Jalan Penrissen, Batu 9 di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, lelaki berusia 30-an tersebut ditahan oleh empat pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak.

Terdahulu, lelaki tersebut cuba menyogok empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta dua pegawai Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NRED) yang memeriksa premis itu kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah PPDNKK Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, susulan maklumat daripada pegawai NRED, pegawainya menyerbu premis tersebut dan menemui satu tangki besar mengandungi 10,000 liter minyak diesel bersubsidi.

“Kita juga menemui lapan buah tong berisi 8,000 liter minyak diesel di dalam sebuah lori di luar premis tersebut.

“Jumlah anggaran rampasan termasuk harga lori melebihi RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam," katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment