My Add

Sunday, 11 November 2012

Malaysia rangkul dua emas, dua perak dan lapan gangsa KL WRO 2012

PETALING JAYA, AHAD, 11 November, 2012: Malaysia mencipta sejarah tersendiri selaku tuan rumah kali kelapan pertandingan World Robot Olympiad (KL WRO 2012) selepas meraih dua pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.

Pingat emas negara disumbang pasukan SCB9, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Cina Batu 9 Cheras dan Friendly Builders (SJKC Jalan Davidson) menerusi acara "Robot Organizer" dan terbuka bagi kategori sekolah rendah.

Selain itu, dua pingat perak turut diraih negara menerusi acara yang sama oleh pasukan Col Style (SJKC Sin Min A) dan YC Care dari SJKC Yuk Chai.

Guru pengiring SCB9, Ong Lai Choo mengakui beliau tidak menduga robot ciptaan sekolah itu mampu menyaingi pasukan lain dari seluruh dunia dengan catatan masa 16:97 saat sekali gus dinobatkan juara acara Robot Organizer bagi kategori sekolah rendah.

"Saya begitu terperanjat dan cukup puas hati kerana usaha yang dilakukan sejak Mei lalu sangat berbaloi," katanya selepas majlis penutup KL WRO 2012 di Pusat Konvensyen Sunway, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment