My Add

Wednesday 14 November 2012

Malaysia sasar 10 pingat emas

 *MAZNAH (tengah) bersama kontinjen negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN
 melaungkan slogan Malaysia Boleh sebelum berlepas ke Jakarta di KLIA Sepang semalam.

SEPANG, SELASA, 13 November, 2012: Malaysia menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 10 pingat emas daripada 22 bidang kemahiran yang disertai pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2012 di Jakarta bermula esok hingga Ahad ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke ASC 2012, Datuk Maznah Mazlan berkata, antara bidang yang berpotensi meraih emas adalah kecantikan, mekatronik, kimpalan dan fesyen teknologi.

"Selain itu, Malaysia turut mengambil bahagian dalam bidang kemahiran elektronik, perkhidmatan restoran, pembuatan kabinet dan teknologi automobil.

"Kita mahu semua emas tetapi yakin sekurang-kurangnya dapat 10 emas. Ini keyakinan yang kita dapat daripada persediaan yang telah diikuti 44 peserta yang bersemangat tinggi dan mempunyai tahap keyakinan yang mantap," katanya pada majlis pelepasan kontinjen Malaysia ke ASC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam - Kosmo

No comments:

Post a Comment