My Add

Monday 12 November 2012

Mustafa: Penganjur forum ‘betulkan’ Pas ahli bermasalah

 Mustafa Ali

RUZY ADILA IDRIS
SHAH ALAM, AHAD, 11 November, 2012: Pas Pusat menyifatkan segelintir ahli Pas Selangor menganjurkan satu forum semalam, yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.

Malah, parti itu juga mendakwa penganjuran program sedemikian satu “fenomenabiasa” menjelang pilihan raya umum.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ada di antara mereka yang hadir merupakan ahli yang telah dipecat atas masalah disiplin dan ada yang ditolak sendiri oleh ahli-ahli Pas di bahagian masing-masing.

“Saya tidak mahu mendedahkan punca mengapa ada sebahagian daripada peserta program itu dipecat kerana tidak mahu mendedahkan aib orang lain.

“Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mustafa menambah, “parti lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap parti lawannya.”

“Sebenarnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung menunjukan mereka sudah menjadi alat Umno dan pemimpin-pemimpin dalam Pas sudah faham mengeni perkara ini,” katanyalagi.

Semalam, beberapa ahli Pas Selangor telah menganjurkan satu forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asaldi Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.

Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajukMerealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Monerbertindak sebagai moderator.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) turut menyampaikan ucapan pada forum sehari itu.

Norman, yang juga Setiausaha Agung Jati, memberitahu Sinar Harian Online Hasan berucap atas permintaan peserta forum.

Forum itu meluluskan 11 resolusi, yang antara lain turut menyentuh mengenai hubungan Pas dengan DAP dan PKR.

Antara perkara yang disebutkan ialah dalam sistem Tahaluf Siyasi, Pas mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Turut disebut, pemimpin Pas tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa sama menghina pimpinan sesama Islam.

Parti itu turut disarankan untuk mengkaji segera hubungannya dengan DAP dan PKR serta jika perlu mengadakan muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan Islam dan melaksnakan hudud.

Ketika diminta mengulas mengenai resolusi itu, Mustafa berkata, perkara-perkara yang disebutkan itu tidak timbul dan Pas masih menetapkan pendirian untuk terus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Pas akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat,” tegas beliau.

Bagaimanapun, tambah Mustafa, sekiranya mereka ingin menyampaikan cadangan itu pada Muktamar Pas yang akan berlangsung minggu depan di Kelantan, ia boleh disalurkan melalui perwakilan.

Katanya, “muktamar berhak menyampaikan apa sahaja cadangan pada muktamar nanti. Cuma saya percaya cadangan seperti itu mungkin tidak akan diterima.”

No comments:

Post a Comment