My Add

Sunday 25 November 2012

PLKN dekati masyarakat berbilang kaum

 *ABDUL Hadi Awang Kechil (tengah) bersama penduduk Taman Chit Loong dan pelatih PLKN membersihkan kawasan padang di Bidor, Perak, semalam. - MINGGUAN/ROY AZIS ABD AZIZ.

TAPAH, SABTU, 24 November, 2012: Setelah hampir sembilan tahun diperkenalkan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) buat julung-julung kalinya menganjurkan program bersama masyarakat melibatkan majoriti kelompok masyarakat Cina di Taman Chit Loong, Bidor dekat sini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pendekatan terbaru yang bakal diperluaskan kepada kelompok masyarakat India, Orang Asli serta suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak itu akan dianjurkan sekurang-kurangnya setahun sekali oleh 81 kem PLKN di seluruh negara.

"Selain terlibat dalam aktiviti gotong-royong, para peserta termasuk lebih 3,500 jurulatih yang kita ada, boleh menyampaikan maklumat mengenai program PLKN kepada masyarakat setempat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment