My Add

Saturday 24 November 2012

PM lancar varieti baharu padi MR269 lebih berdaya tahan penyakit

SERDANG, SABTU, 24 November, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan varieti baharu padi MR269 yang merupakan varieti inbred biasa yang mempunyai ketahanan lebih baik terhadap penyakit karah daun dan perosak.

Baka baharu padi itu yang akan dapat meningkatkan pengeluaran padi negara, dilancarkan sempena perasmian Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia (MAHA International 2012) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Selain itu, Najib juga melancarkan kilang khusus untuk padi wangi. Kilang yang dinaik taraf dari pengeluaran 500 kilogram beras wangi sehari kepada kilang mini komersial yang berkapasiti enam hingga lapan matrik tan sehari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment