My Add

Tuesday 13 November 2012

PPP kemuka senarai calon bagi 4 kerusi Parlimenv 12 DUN
KUALA LUMPUR, SELASA, 13 November, 2012: 13 Nov. - PPP telah mengemukakan senarai calon untuk bertanding di empat kawasan Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Kanan PPP, Datuk Maglin Dennis D"Cruz berkata, kesemua calon terdiri muka baharu kecuali presiden parti, Datuk M. Kayveas yang mencerminkan pembaharuan yang dilakukan parti.

"Kami sudah serahkan senarai kami, orang yang kami nilai dan calonkan ialah calon yang kami percaya layak dan mempunyai kredibiliti dalam memastikan BN (Barisan Nasional) menang pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran PPP Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Ditanya sama ada nama beliau terkandung dalam senarai itu, Maglin berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu memberi peluang kepada muka baharu.

Pada pilihan raya umum lalu, PPP diperuntukkan dua kerusi di Perak iaitu kawasan Parlimen Taiping dan DUN Pasir Bedamar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment